Thursday, January 13, 2011

~ 23 O.G.O.S 2005 ~ p.e.r.t.e.m.u.a.n p.e.r.t.a.m.a.k.u~

aku pun mula bekerja...macam biasalah.. aku akan mask pukul 3 petang dan akan habis bekerja pada pukul 11 malam... kerja aku adalah menjadi cashier.. dengan sahabatku yang bernama mesran.. sepatutnya aku kena panggil abg mesran.. tapi aku malu untuk memanggilnya mesran....

pada suatu malam.. aku berasa bosan menjadi cashier.. aku pun menukar tugasku dengan pekerja luar..nama kawan aku nie fahmi....

fahmi pun menjadi cashier dan aku bertugas di luar membantu pelanggan mengisi minyak petrol... bila waktu malam... pelanggan mulai kurang.. aku pun duduk2 sambil menghirup udara yang segar.... tiba-tiba datang seorang pelanggan menaiki motor.... dia ingin membeli minyak motaor.. apabila aku mendekati dia, aku melihatnya seperti aku pernah mengenalinya.... aku pun bertanya... awak **** ke..? dia pun mengiyakannya... aku pun bertanya.. kenal saya lagi tak...? dia pun macam berfikir2.. mungkin dia tak berapa ingat aku.. kemudia dia melihat nam tag aku... oh... *** ye.. anak cikgu *******? aku pun menjawab aah...

pada ketika ini, aku masih dalam tempoh bekerja... so, aku pun menolong abg **** mengisi minyak petrol ke dalam motornya... alamak... nape tak kuar kuar minyak nie... kata aku... tiba-tiba abg **** mengambil nozel itu dari tangan aku... dia memeganag tangan aky dan mengajar aku cara mengisi minyak motor... aduh.... aku tersipu-sipu malu kerana abg **** telah memegang tangan aku.....

kemudian... abg **** pun meminta nombor telefon aku.. aku dengan tidak memikir panjang, terus memberi nombor telefon aku kepadanya... aku berasa sangat gembira.. aku pun tidak tahu mengapa... 

kemudian... aku pun masuk ke dalam kedai.. apalagi, mesran dan fahmi pun mengusik aku kerana berkenalan dengan seorang jejaka.... tiba-tiba telefon aku berdering...

apalagi.. semakin disakatlah aku ni oleh mesran dan fahmi tu... aku pun lihat ke handphone aku... alamak, nombor siapa nie.. 017733****. aku pun menjawabnya... oh ****. kami pun berbual sebentar sahaja kerana masa itu aku sedang bekerja..... sehinggalah aku selesai bekerja pada hari itu...

inilah pertemuan kali pertama aku di stesen petronas setelah 8 tahun kami tidak berjumpa... masing-masing mempunyai perubahan diri masing-masing... abg **** semakin tinggi.. jauh berbeza semasa kecil dahulu....

abg... mi rindukan abg.... setiap kali mi teringatkan abg.. mi akan menangis kerana rindukan abg... sampai bila abg.. mi kene tanggung semua nie.... mudah-mudahan Allah akan permudahkan urusan kita.. Ameen....

Monday, January 10, 2011

~ 8 tahun selepas itu ( 1997 + 8 = 2005 ) ~ PETRONAS~

petronas... memang amat bermakna bagiku... kerana di sinilah bermula segala-galanya...


selepas aku menamatkan zaman persekolahanku di sekolah menengah.. aku menyambung semula pengajianku ke peringkat yang lebih tinggi lagi.. aku memasuki sekolah maahad dan kemudian menyambung pengajian ku dalam peringkat diploma selama 3 tahun...
selepas aku berjaya dalam pengajianku di peringkat diploma, seterusnya aku memohon untuk menyambung pengajianku ke peringkat ijazah pula... Alhamdulillah... aku mendapat tawaran belajar dia salah sebuah negara di timur tengah... aku sangat teuja untuk pergi ke sana.. maklumlah.. dalam keluarga aku, belum ada lagi adik beradik aku yang belajar sampai ke luar negeri...

sepanjang tempoh aku belajar di maahad, dan semasa aku mengambil diploma.. terdapat beberapa kawan lelaki yang aku rapat padanya.. namun semuanya hanyalah cinta monyet sahaja.. aku tidak pernah serius kerana ingin tumpukan pada pelajaran....

tetapi semasa tahun akhir di pengajian aku.. aku ada berkenalan seseorang yang agak berpengaruh dalam kolej aku... bahkan aku sudah membawa dia pergi berrjumpa dengan ibu aku... lima kali dia datang ke rumah aku... namun kami ditakdirkan tiada jodoh kerana pada bulan 3 2005 dia telah menyatakan dia hanya menganggap aku sekadar adik yang baik untuk dia sahaja.... ermmm frust jugak time tu... dahlah time tu aku nak final exam.. bole pulak dia nak menguji aku time tu... tapi semuanya alhamdulillah... aku dapat melaluinya dengan baik dan akhirnya aku tergolong dalam pelajar2 yang mempunyai keputusan yang cemerlang....

selepas habis zaman kolejku.. aku tinggal sahaja di kampungku tanpa membuat apa2 sementara menunggu keberangkatan ku ketimur tengah pada bulan september 2005... lebih kurang sebulan duduk di rumah, aku sudah merasa bosan.... akhirnya.. pada bulan 6 2005 aku memohon pekerjaan di stesen minyak petronas yang jauhnya lebih kurang 1km setengah sahaja dari rumahku....

akhirnya.. aku diterima untuk bekerja di stesen minyak petronas.. aku bekerja pada sessi petang dan malam.. aku akan masuk kerja pada pukul 3 petang dan pulang pada pukul 11 malam.... 

alamaks.. hatiku mula sebak untuk menulis lagi.. tetiba aku teringat zaman pertemuan semula kami selepas 8 tahun kami berpisah... Allah... Tuhan sahaja yang mengetahui perasaanku ketika ini.... InsyaAllah.. aku akan sambung lagi kisah cintaku yang penuh tragis ini.... Allah... selamatkanlah hubungan kami berdua.... Amin....

Saturday, January 8, 2011

~ sekolah agama ~

ok.. kita sambung balik yang sekolah menengah tu ye.. sebagaimana yang aku telah maklumkan tadi.. sekolah agama dan sekolah menengah ini, kami berada dalam situasi yang berlainan....

apabila aku berada di tingkatan dua, ini bermakna aku berada dalam darjah enam di sekolah agama.. manakala dia berada dalam darjah enam juga... dan dia berada di sekolah agama petang juga kerana tingkatan tiga berada dalam sessi pagi....

dalam sekolah agama petang pula,

~ sekolah menengah ~

sewaktu ku di sekolah menengah.. lain pula ceritanya... almaklum la,, umur pun da meningkat remaja.. perasaan da mulai ada.. namun begitu aku dan dia berada dalam sekolah menengah yang berlainan.. aku dihantar ke sekolah aliran agama yang jauhnya 20km dari rumah aku... tetapi aku tidak tinggal di asrama kerana ayahku juga bekerja di daerah yang sama... maka, aku akan pergi ke sekolah dan balik bersama ayahku...

manakala si dia pula,

Friday, January 7, 2011

~sekolah rendah..~

aku akan sambung lagi kisah cintaku ini sewaktu sekolah rendah pula... tapi..

~sewaktu kecil..~

aku mengenalinya semenjak aku kecil lagi.... mungkin umurku sekitar 6 tahun manakala umur dia 7 tahun.. pada ketika ini, aku tiada apa2 perasaan terhadapnya.. mungkin kerana kami masih kecil.. tidak mengerti apa2... oleh kerana kami telah kenal sejak kecil lagi, ini bermakna mak kami juga saling kenal-mengenali...


mak aku dan mak dia sangat baik dan rapat.. pada satu hari, dia dan keluarganya