Monday, January 10, 2011

~ 8 tahun selepas itu ( 1997 + 8 = 2005 ) ~ PETRONAS~

petronas... memang amat bermakna bagiku... kerana di sinilah bermula segala-galanya...


selepas aku menamatkan zaman persekolahanku di sekolah menengah.. aku menyambung semula pengajianku ke peringkat yang lebih tinggi lagi.. aku memasuki sekolah maahad dan kemudian menyambung pengajian ku dalam peringkat diploma selama 3 tahun...
selepas aku berjaya dalam pengajianku di peringkat diploma, seterusnya aku memohon untuk menyambung pengajianku ke peringkat ijazah pula... Alhamdulillah... aku mendapat tawaran belajar dia salah sebuah negara di timur tengah... aku sangat teuja untuk pergi ke sana.. maklumlah.. dalam keluarga aku, belum ada lagi adik beradik aku yang belajar sampai ke luar negeri...

sepanjang tempoh aku belajar di maahad, dan semasa aku mengambil diploma.. terdapat beberapa kawan lelaki yang aku rapat padanya.. namun semuanya hanyalah cinta monyet sahaja.. aku tidak pernah serius kerana ingin tumpukan pada pelajaran....

tetapi semasa tahun akhir di pengajian aku.. aku ada berkenalan seseorang yang agak berpengaruh dalam kolej aku... bahkan aku sudah membawa dia pergi berrjumpa dengan ibu aku... lima kali dia datang ke rumah aku... namun kami ditakdirkan tiada jodoh kerana pada bulan 3 2005 dia telah menyatakan dia hanya menganggap aku sekadar adik yang baik untuk dia sahaja.... ermmm frust jugak time tu... dahlah time tu aku nak final exam.. bole pulak dia nak menguji aku time tu... tapi semuanya alhamdulillah... aku dapat melaluinya dengan baik dan akhirnya aku tergolong dalam pelajar2 yang mempunyai keputusan yang cemerlang....

selepas habis zaman kolejku.. aku tinggal sahaja di kampungku tanpa membuat apa2 sementara menunggu keberangkatan ku ketimur tengah pada bulan september 2005... lebih kurang sebulan duduk di rumah, aku sudah merasa bosan.... akhirnya.. pada bulan 6 2005 aku memohon pekerjaan di stesen minyak petronas yang jauhnya lebih kurang 1km setengah sahaja dari rumahku....

akhirnya.. aku diterima untuk bekerja di stesen minyak petronas.. aku bekerja pada sessi petang dan malam.. aku akan masuk kerja pada pukul 3 petang dan pulang pada pukul 11 malam.... 

alamaks.. hatiku mula sebak untuk menulis lagi.. tetiba aku teringat zaman pertemuan semula kami selepas 8 tahun kami berpisah... Allah... Tuhan sahaja yang mengetahui perasaanku ketika ini.... InsyaAllah.. aku akan sambung lagi kisah cintaku yang penuh tragis ini.... Allah... selamatkanlah hubungan kami berdua.... Amin....

No comments:

Post a Comment