Saturday, January 8, 2011

~ sekolah agama ~

ok.. kita sambung balik yang sekolah menengah tu ye.. sebagaimana yang aku telah maklumkan tadi.. sekolah agama dan sekolah menengah ini, kami berada dalam situasi yang berlainan....

apabila aku berada di tingkatan dua, ini bermakna aku berada dalam darjah enam di sekolah agama.. manakala dia berada dalam darjah enam juga... dan dia berada di sekolah agama petang juga kerana tingkatan tiga berada dalam sessi pagi....

dalam sekolah agama petang pula, hanya ada satu kelas sahaja.. maknanya memang confirm kami sekelas... walaupun kami sekelas.. tapi kami tidak pernah berbual sesama kami.. aku dengan geng aku.. dan dia dengan geng dia... mengurat orang memanglah keje dia.. semua pempuan kalo bole nak dinguratnya... tapi ngan aku.. dia x pernah kacau aku.. mungkin kerana sifat aku yang agak pasif dengan kawan lelaki... manakala dia pula asyik bertukar-tukar kawan pempuan... kalo bukan girlfren pun.. mesti ade yang sangkut jadi adik angkat.... tapi pada ketika ini.. aku masih tidak mempunyai ape-ape perasaan terhadapnya....

sehinggalah akhir tahun... peperiksaan akhir tahun.. aku dan dia ditakdirkan duduk bersebelahan... aku yang pemalu ini tidak pernah menegur dia.. dia yang ada tanye-tanye aku... kami kongsi jawapan periksa.. dia bawak kitab masuk dalam dewan peperiksaan n then dia bagi aku suruh cari jawapan... hahaha aku yang sengal ini, ikut sahaja cakap dia.. kemudia kami berkongsi-kongsi jawapan... kisah inilah yang kami tidak dapat lupakan sampai sekarang.. kenakalan kami semasa peperiksaan... akhirnya keputusan pun diumumkan... ustazah kami mengadakan jamuan  akhir tahun dirumahnya.. ustazah menjemput kami sekelas hadir ke rumah nya disamping mengambil sijil berhenti sekolah...

berkat kami berbincang berdua jawapan bagi soalan peperiksaan tersebut, akhirnya aku menduduki tempat kedua manakala dia berada di tempat keempat..( mesti abg ingat lagi kan semua nie... =) kalau ikutkan di sekolah agama aku memang hanya akan mendudukio tempat pertama, kedua dan ketiga sahaja.... tidak pernah lebih dari tu... tp bg si dia, aku x pastilah sebab kami baru sekelas setahun bersama.....

apabila telah berjaya dalam peperiksaan akhir tahun darjah enam.. aku menyambung pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu darjah khas.. tp si dia.. tidak menyambung lagi.. hanya setakat darjah enam... aku sedar kehilangannya kerana kelibat dia tidak pernah kulihat sepanjang ku berada dalam darjah khas...

bermakna.. aku tidak lagi berjumpa dengan dia......................................... hanya setakat aku tingkatan dua dan dia tingkatan tiga...................... pada tahun 1997

No comments:

Post a Comment