sewaktu ku di sekolah menengah.. lain pula ceritanya... almaklum la,, umur pun da meningkat remaja.. perasaan da mulai ada.. namun begitu aku dan dia berada dalam sekolah menengah yang berlainan.. aku dihantar ke sekolah aliran agama yang jauhnya 20km dari rumah aku... tetapi aku tidak tinggal di asrama kerana ayahku juga bekerja di daerah yang sama... maka, aku akan pergi ke sekolah dan balik bersama ayahku...
manakala si dia pula, bersekolah di sekolah menengah harian yang tempatnya dalam daerahnya sahaja... di negeri aku, terdapat sekolah agama pada waktu petang.. kalau waktu pagi kami ke sekolah rendah atau sekolah menengah, pada waktu petang kami ke sekolah agama pula... tapi yang uniknya sekolah agama ini adalah apabila kami berada dalam darjah satu di sekolah agama,bermakna kami sudah berada dalam darjah tiga di sekolah rendah....
maka, apabila aku berada di tingkatan satu, aku berada dalam darjah lima di sekolah agama. manakala si dia juga berada dalam darjah lima juga kerana dia mendaftar ke sekolah agama lewat setahun.... aku dalam darjah lima petang, manakala dia berada dalam darjah lima pagi... ketika ini.. aku masih lagi tidak mengenali dia dengan mendalam.. just tahu nama sahaja.. almaklumlah... dia nie antara pelajar popular sewaktu di sekolah dahulu... glamour dengan kekacakkannya.(ehek.. ini si dia yg cerita kat aku.. hihi sebab masa sekolah menengah aku x pernah tahu hal dia sebab kami berada di lain sekolah), glamour dengan kenakalannya.. glamour dengan keunikannya.. (kerana dia mempunyai kembar seiras)...
"sebenarnya.. aku memang suka ngan orang yang kembar ni.. harap2 aku dapat la anak kembar nanti.. hehe =)"
No comments:
Post a Comment